1. Bagaimanakah cara arnab dibiak?
Masukkan
arnab betina ke sangkar pejantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana
arnab betina mempunyai sikap menguasai kawasannya (territorial
behaviour) dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab tantan
tersebut. Masa mengawan antara 1 ke 5 minit sahaja. Kemudian arnab
betina perlu diasingkan semula. Jangan tinggalkan arnab betina bersama
pejantan lebih dari tempoh mengawan.
Lakukan proses mengawan di awal pagi atau lewat petang. Elakkan pada waktu tengahari kerana akan mengurangkan kadar kesuburan.
2. Kekerapan mengawan.
Arnab
jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari
ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengamalkan 2 kali sehari dan
direhatkan selama 3 hari, keadaan ini boleh ditingkatkan secara
perlahan-lahan kepada sekali sehari.
Penggunaan pejantan yang
berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan, di samping
menjejaskan keupayaan seksualnya.
3. Bilakah ibu arnab yang telah beranak boleh dikahwinkan semula?
Dalam
keadaan semulajadi(liar), arnab betina akan mengawan semula dalam masa
24 ke 48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan untuk
penternakan komersial, kerana arnab betina tidak dapat digunakan dengan
lebih lama.
dalam penternakan komersial, arnab betina akan
dikahwinkan semula dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas tempoh beranak
ataupun dalam masa proses anak bercerai susu.
4. Bagaimanakah cara untuk memastikan proses pembiakan telah berlaku dengan sempurna?
Keadaan
dapat dikenalpasti apabila pejantan memanjat arnab betina untuk
seketika sambil melakukan penetration dan kemudian arnab jantan akan
menurunkan badannya seperti keadaan menggelungsur ke belakang, sebelah
atau terlentang.
5. Berapa lamakah induk bunting dan apakah tanda-tandanya?
Tempoh
bunting adalah antara 29 ke 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu
keempat. Pada peringkat ini, kotak beranak boleh diletakkan sebagai
tujuan penyesuaian.
Tanda-tanda arnab hampir beranak jelas
kelihatan pada hari 27 ke 29 di mana ia berada dalam keadaan gelisah dan
kemudian mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat
sarang beranak dari bulu tersebut. Dalam keadaan ini arnab perlu
dibiarkan sendirian dan jangan diganggu, melainkan untuk penukaran kotak
sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
6. Bagaimanakah mengesan bunting palsu?
Keadaan
ini boleh dikesan pada hari ke 12 hingga 17. Pada masa ini arnab telah
menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari
bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, ia hendaklah dikahwinkan
semula.
7. Bagaimanakah keadaan anak arnab yang baru dilahirkan?
Pastikan
anak-anak arnab berada di dalam kotak sarang untuk mengelakkan
kesejukan. Apabila sudah memegang anak-anak arnab, tangan yang sama
hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya untuk mengelakkan
ibunya daripada menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau
lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan
bogel (tidak berbulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur
seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7
hingga 10.
Pada waktu ini makanan utamanya adalah susu ibunya.
Sehinggalah pada umur 14 ke 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak
dan mula cuba memakan pellet.
8. Bilakah masa ibu arnab menyusukan anaknya?
Kebiasaannya
pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak 2
kali sahaja. Yang paling mustahak adalah pemberian susu awalan. Oleh
kerana pemberian susu hanya sekali ke 2 kali sehari, keadaan ini sudah
pasti tidak mencukupi pada waktu siang. Keadaan ini tidak perlu
dibimbangkan kerana ia adalah normal.
9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bilangan anak arnab melebihidari bilangan puting susu ibunya?
Pada
kebiasaannya puting susu ibunya ada lapan. Jika anaknya melebihi dari
bilangan puting, ianya perlu diberikan kepada ibu angkat.
Pemilihan
ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah melahirkan anak
dalam masa 48 jam selepas anak itu lahir. Anak arnab ini perlu
ditandakan untuk pengecaman.
Kemudian sapukan apa-apa wangian
kepada ibu arnab dan semua anak-anaknya yang berada di dalam kotak.
Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak
angkat.
Susu awalan ini hanya diberikan pada hari pertama dan
mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Susu selepas tempoh
tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh
diteruskan sehingga 2 ke 4 minggu.
10. Bilakah anak-anak arnab perlu dicerai susu?
Anak
arnab dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga
mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab
dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila berumur sebulan dan
sebaik-baiknya 7 minggu.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat
pemilihan samada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan.
Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod
prestasi yang dicatat dari semasa ke semasa.
Pengasingan perlu
dilakukan dengan meletakkan anak yang hendak dijadikan baka di dalam
sangkar individu atau 2 ekor sesangkar. Anak-anak yang tidak terpilih
boleh disimpan di dalam sangkar secara kumpulan selama 30 ke 45 hari
lagi.
11. Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak?
Penentuan
jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang
di atas dubur. Arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang
membulat, manakala arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah
ke dubur.
12. Kadar pemberian makanan rangsum pelet arnab.
Bagi Induk (betina dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 120 gm/hari/ekor
Bagi Pejantan (jantan dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 60 gm/hari/ekor
Bagi Anak Arnab (1 ke 2/3 bulan) - Kuantiti yang diperlukan 50 ke 100 gm/hari/ekor
Daun hijau hendaklah diberikan secara bebas sebagai makan tambahan.
Salam..ibu arnab saya beranak 1 ekor dan pertama kali beranak. apakah ibu arnab ni akan beranak 1ekor juga untuk yang seterusnya?
BalasPadam