Rabu, 15 Mei 2013

pemilihan baka

Pemilihan Baka

Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;


1. Memastikan apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.
  • Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota.
  • Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit.
  • Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria.
  • Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.

Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban ( permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan